Wednesday, December 11, 2013

assalamualaikum...

asal hapdet je ayatt '' uhhh dah lama tak update'',, ''dah sersawang umah''...sumatuh kongkonon nak hangit balik la berblog...padahalll 2011 nya cerita haaa skrg 2013 baru hapdet, sampai dah lain dah tools dalam admin hahah .wai boder wai boder wai boder!!..

okeh.. bila tgk balik blog nih adalah baiknya kalau aku hapdet balik walaupon tak banyak sekurang2nya nanti anak2 leh la tgk .."ooo akak dulu kita gi sini kan "..."abang akim ingat tak yg kita g cameron tuh"..kan kan kan ...cian lak kat hayfa sbb satu habuk apa pon takdak pasai cita dia..

ermm..hayfa anakku mama akan cerita pasal adik skrg..pada 27/jun/2013 pada jam 9.30pm maka lahirlah puteri yg aaangaat omeii yg diberinama HAYFA AMANI BINTI ABD HADI..tempat lahir biasalah seperti yg lepas2 HUKM phooojaan atiku..ok beres bab tambahan anak...ahhh banyak tol eek nak cover nih.. stakat nih ja la sekian.


Wednesday, November 2, 2011

sian tul umahku

assalamualaikum

oh rumahku dah lama aku tak update kan...diharap dengan kehadiran tab tab nih dapatla aku mengupdate walau tidur dan bangun ayat tak leh blah tima kasih sam tab tab :)

ok sepanjang peninggalan aku nih aku ada terjumpa hobi yang baru hehehh semenjak cik hubby belikan oven heheh....dan kalau rajin aku akan updatekan resepi dan gambo yang aku syok sendiri...biarlakan janji anak2 suka dan aku bahagia.

ok utk arinih yang nih ja la yg diupdate

Tuesday, March 15, 2011

Berkurun Tiba

setelah berkurun lama tak berblog takdak aper yang nak i tulis kat sini layan jerk la gamabo yg tak berapa keping nih




heroku


kakak ngan adik kat atas mery mery ...



tgh tunggu train nak balik kg...hannan ngan hakim tingin sangat nak naik train pastu i ngan papa dia cadang naik train utk balik kelantan naik laa train dari kajang ke pasir mas...ya allah ya robbi 2 hari pastu aku rasa cam bergoyang lagi...nih ada lagi pic2 dlm train.



kat dlam coach kitaorg ambik yang bilik ader 2 katil...tapi takder toilet kalau ke selatan ader toilet sndiri tapi ke timur takder.


Wednesday, January 20, 2010

Perkongsian .....

Sabda baginda s.a.w :
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah.

Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan meperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati.Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya).
Dan ia berkata : “dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”

Tuesday, January 19, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum
lama betul la aku biaq blog nih besendirian menguruskan diri heheh sian kan esok2 hannan ngan hakim baca tak complit insyaallah mama akan update..bukan apa sejak pindah opis baru nih mama tak sempat la cayang...nih sambil ngepam nih update skit la ...oooo sebelum mama lupa bulan nih adik dah 1 tahun 6 bulan dan mama stay 100% nyusu adik ngan susu mama .....syabas shakirah heheh perasan lak...insyaallah akan mama nyusukan adik sampai umur adik 2 tahun dan lebihhhhh...apa lagi eeek...ooo umah baru kalau takdak aral bulan 3 nih dapat kunci leh la duk umah sendiri dah...

Monday, July 13, 2009

tenanglah abah AL-FATIHAH



tanggal 4 Julai 2009 masa 7.45 mlm abahku selamat kembali ke rahmat Allah dengan senyuman yg cukup manis...pukul 5.30 ptg terdetik kat ati aku nak call mak...masa aku call tuh mesin hayat abah baru ja tak berfungsi mak panggil nurse..tapi mak dah ckp lepas mak ngajar ngucap kat abah muka abah dah pucat dan dada dah tak bernafas ...tapi biasa la mungkin prosidur kat spital kot kena cuba selamatkan nyawa...Allah Maha Berkuasa dia yang beri dia yg boleh ambil bila2 dah tertulis dah saat tuh jam tuh abah akan pergi...kami redha dengan pemergianmu abah...kami bertolak dari putrajaya kul 7.30 mlm sampai umah tokwan kul 1.00 pagi 5 minit selapas jenazah sampai.....sebelum nih aku cuma baca buku mastika dgn dengar org cita jerk jenazah senyum...alhamdulillah aku dapat lihat sendiri arwah abah senyum manis lain dari senyuman abah waktu bernafas...semua yg ziarah arwah abah jadi saksi...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Thursday, July 2, 2009

Harga Keselesaan

masa aku baca blog en laloque suami vp aku terbaca tajuk dia hat nih...aku setuju ngan dia sbb aku ada pengalaman...nih pasal abah aku kos keseluruhan blm tahu sbb abah aku lum kuar dari icu lagi, tapi kos operate yg dah abah aku jalani kalau kat swasta mau cecah 70,000 hengget.....tapi abah aku hanya perlu beli skru dalam 1200 inggit + glue 580 inggit...tapi boleh claim...mmg aku tak nafikan keselesaan dari segi katil kedudukan dah macam hospital kat palestin tapi diorg tgh renovate balik ward harap2 lepasnih selesa la skit kan,aircond mmg la takder harap kipas siling + kipas mak bawak dari umah heheh...tapiiii dari segi kepakaran mmg tahap gold la...pakar neurosurgery yg ada kat sini aku rasa kat swasta takdak sbb yg aku tgk ramai la kes2 dari swasta last2 meh kerajaan gak...nurse2 yg cekap dan terlatih...abah aku lak bukan deal ngan sorang pakar ja ramai...pakar garam la pemakanan, hormon...kalau kat swasta mau sampai pencen agaknya bayar utang...adehh

nasihat aku la pada semua...keselesaan mmg perlu tapi kalau selesa perkhidmatan atau perubatan tak bagus tak guna gak kan...tapi betulla bukan salah nurse tuh nak masam kita yg tak keja nurse tuh pon kengkadang cakap teelefon pon garang nak mampus lagi la nurse kena jaga kencing berak lagi ...diorg pon manusia gaji ciput ja cam tuh gak pakar2 kerajaan gaji tak padan dgn keja..korang bayangkan eek abah aku operation 18 jam tau dari 7 pagi sampai 2 pagi pastu besoknya awal2 dr yg operate abah aku datang keja gak musykil aku time bila diaorg rest...bukan operate mesin tau manusia ye tuan puan nyawa datang dan pergi di tangan Allah tapi mesti ada sebab jadi dalam waktu operate tuh penyebab kalau jadi apa-apa adalah diorg kan...renungkan lah tuan puan sekalian...


thanks mr gurmit pakar neurosurgery gh penang, dr lim, dr herlina, dr chuah staff nurse icu dan ward neuro kerana telah menjaga abah aku dari dia mula masuk sampai ke hari nih dan masih berusaha memulihkan abah aku...buatlah yg terbaik utk abah...

Harga Keselesaan

Tadi semasa di wad NICU aku bertemu dan berbual dengan seorang suami berbangsa cina. Dia mengunjungi isteri yang sedang menemani anak mereka yang kena jaundice. Sama ngan anak aku an-Nur yang turut ditahan sebab jaundice.

Ketika itu nurse datang dan memaklumkan pasangan itu yang mereka boleh pulang. Si suami turun dan menjelaskan bayaran bil perubatan dan naik semula. Bila ditanya berapa bayaran, beliau nyatakan RM108 untuk perkhidmatan perubatan selama 2 malam.

Beliau berkata, dulu dia pergi hospital swasta. Masa bini dia bersalin anak pertama. Akibat beberapa komplikasi sebelum dan selepas bersalin, mereka di kenakan caj RM17,000. Dan yang lebih malangnya, anak mereka meninggal.

Apa yang membekas di hati aku ketika itu adalah kata-katanya:
"Wang habis RM17,000... anak meninggal"

Mutu perubatan di hospital kerajaan memang baik dan memuaskan, malahan lebih baik dari sesetengah hospital swasta. Namun tahap keselesaan yang kurang. Dan tidak dinafikan adakalanya budi bahasa. Mereka tidak dapat menumpu kepada keselesaan kerana peruntukkan kewangan yang tidak mengizinkan. Beban kerja yang tinggi pula menyebabkan ada dikalangan pegawainya hilang pertimbangan tata bahasanya.

Setiap kita punya pilihan. Bergantung kepada kemampuan masing-masing untuk memilih keselesaan.

Aku secara peribadi pernah menggunakan kedua-dua sektor perkhidmatan perubatan ini. Setakat ini aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan dari hospital kerajaan. Mungkin aku tidak berhak memberi pendapat kerana sebagai kakitangan kerajaan aku menikmati kemudahan perubatan/ rawatan klinikal dan konsultasi percuma. Hanya yang perlu dibayar adalah kos penginapan di wad itupun 10% dari kos sebenar sahaja.

Aku pernah membayar bil sebanyak RM576 bagi perkhidmatan rawatan semalaman di hospital swasta berbanding hanya RM36 bagi kos perawatan selama 6 hari di hospital kerajaan.

Arwah anak pertama aku yang ditahan selama 150 hari di ICU kosnya kurang dari RM150 bagi ujian jantung di IJN, MRI di Hospital Selayang, dan segala mak nenek ujian. Bersalin anak kedua, hanya perlu bayar sebanyak RM80 walaupun wife ditahan di wad kelas 1 lebih 10 hari. Anak ketiga yang bersalin secara c-sec dan wife berada di wad kelas 1 - 4 orang sebilik hanya perlu membayar RM36 dan kos c-sec hanya RM1000 (tidak perlu bayar kerana kakitangan kerajaan) berbanding swasta yang mungkin melebihi RM5000.

Namun, perlukah kita membayar lebih untuk keselesaan?? Walaupun secara puratanya harga yang perlu dibayar 5 kali ganda lebih mahal dari perkhidmatan kerajaan... bagi yang punya medical card/health insurance atau kos perubatan ditanggung oleh syarikat/company... sememangnya berbaloi. But for those yang terpaksa berhutang... ermmmm