Monday, July 13, 2009

tenanglah abah AL-FATIHAH



tanggal 4 Julai 2009 masa 7.45 mlm abahku selamat kembali ke rahmat Allah dengan senyuman yg cukup manis...pukul 5.30 ptg terdetik kat ati aku nak call mak...masa aku call tuh mesin hayat abah baru ja tak berfungsi mak panggil nurse..tapi mak dah ckp lepas mak ngajar ngucap kat abah muka abah dah pucat dan dada dah tak bernafas ...tapi biasa la mungkin prosidur kat spital kot kena cuba selamatkan nyawa...Allah Maha Berkuasa dia yang beri dia yg boleh ambil bila2 dah tertulis dah saat tuh jam tuh abah akan pergi...kami redha dengan pemergianmu abah...kami bertolak dari putrajaya kul 7.30 mlm sampai umah tokwan kul 1.00 pagi 5 minit selapas jenazah sampai.....sebelum nih aku cuma baca buku mastika dgn dengar org cita jerk jenazah senyum...alhamdulillah aku dapat lihat sendiri arwah abah senyum manis lain dari senyuman abah waktu bernafas...semua yg ziarah arwah abah jadi saksi...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Thursday, July 2, 2009

Harga Keselesaan

masa aku baca blog en laloque suami vp aku terbaca tajuk dia hat nih...aku setuju ngan dia sbb aku ada pengalaman...nih pasal abah aku kos keseluruhan blm tahu sbb abah aku lum kuar dari icu lagi, tapi kos operate yg dah abah aku jalani kalau kat swasta mau cecah 70,000 hengget.....tapi abah aku hanya perlu beli skru dalam 1200 inggit + glue 580 inggit...tapi boleh claim...mmg aku tak nafikan keselesaan dari segi katil kedudukan dah macam hospital kat palestin tapi diorg tgh renovate balik ward harap2 lepasnih selesa la skit kan,aircond mmg la takder harap kipas siling + kipas mak bawak dari umah heheh...tapiiii dari segi kepakaran mmg tahap gold la...pakar neurosurgery yg ada kat sini aku rasa kat swasta takdak sbb yg aku tgk ramai la kes2 dari swasta last2 meh kerajaan gak...nurse2 yg cekap dan terlatih...abah aku lak bukan deal ngan sorang pakar ja ramai...pakar garam la pemakanan, hormon...kalau kat swasta mau sampai pencen agaknya bayar utang...adehh

nasihat aku la pada semua...keselesaan mmg perlu tapi kalau selesa perkhidmatan atau perubatan tak bagus tak guna gak kan...tapi betulla bukan salah nurse tuh nak masam kita yg tak keja nurse tuh pon kengkadang cakap teelefon pon garang nak mampus lagi la nurse kena jaga kencing berak lagi ...diorg pon manusia gaji ciput ja cam tuh gak pakar2 kerajaan gaji tak padan dgn keja..korang bayangkan eek abah aku operation 18 jam tau dari 7 pagi sampai 2 pagi pastu besoknya awal2 dr yg operate abah aku datang keja gak musykil aku time bila diaorg rest...bukan operate mesin tau manusia ye tuan puan nyawa datang dan pergi di tangan Allah tapi mesti ada sebab jadi dalam waktu operate tuh penyebab kalau jadi apa-apa adalah diorg kan...renungkan lah tuan puan sekalian...


thanks mr gurmit pakar neurosurgery gh penang, dr lim, dr herlina, dr chuah staff nurse icu dan ward neuro kerana telah menjaga abah aku dari dia mula masuk sampai ke hari nih dan masih berusaha memulihkan abah aku...buatlah yg terbaik utk abah...

Harga Keselesaan

Tadi semasa di wad NICU aku bertemu dan berbual dengan seorang suami berbangsa cina. Dia mengunjungi isteri yang sedang menemani anak mereka yang kena jaundice. Sama ngan anak aku an-Nur yang turut ditahan sebab jaundice.

Ketika itu nurse datang dan memaklumkan pasangan itu yang mereka boleh pulang. Si suami turun dan menjelaskan bayaran bil perubatan dan naik semula. Bila ditanya berapa bayaran, beliau nyatakan RM108 untuk perkhidmatan perubatan selama 2 malam.

Beliau berkata, dulu dia pergi hospital swasta. Masa bini dia bersalin anak pertama. Akibat beberapa komplikasi sebelum dan selepas bersalin, mereka di kenakan caj RM17,000. Dan yang lebih malangnya, anak mereka meninggal.

Apa yang membekas di hati aku ketika itu adalah kata-katanya:
"Wang habis RM17,000... anak meninggal"

Mutu perubatan di hospital kerajaan memang baik dan memuaskan, malahan lebih baik dari sesetengah hospital swasta. Namun tahap keselesaan yang kurang. Dan tidak dinafikan adakalanya budi bahasa. Mereka tidak dapat menumpu kepada keselesaan kerana peruntukkan kewangan yang tidak mengizinkan. Beban kerja yang tinggi pula menyebabkan ada dikalangan pegawainya hilang pertimbangan tata bahasanya.

Setiap kita punya pilihan. Bergantung kepada kemampuan masing-masing untuk memilih keselesaan.

Aku secara peribadi pernah menggunakan kedua-dua sektor perkhidmatan perubatan ini. Setakat ini aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan dari hospital kerajaan. Mungkin aku tidak berhak memberi pendapat kerana sebagai kakitangan kerajaan aku menikmati kemudahan perubatan/ rawatan klinikal dan konsultasi percuma. Hanya yang perlu dibayar adalah kos penginapan di wad itupun 10% dari kos sebenar sahaja.

Aku pernah membayar bil sebanyak RM576 bagi perkhidmatan rawatan semalaman di hospital swasta berbanding hanya RM36 bagi kos perawatan selama 6 hari di hospital kerajaan.

Arwah anak pertama aku yang ditahan selama 150 hari di ICU kosnya kurang dari RM150 bagi ujian jantung di IJN, MRI di Hospital Selayang, dan segala mak nenek ujian. Bersalin anak kedua, hanya perlu bayar sebanyak RM80 walaupun wife ditahan di wad kelas 1 lebih 10 hari. Anak ketiga yang bersalin secara c-sec dan wife berada di wad kelas 1 - 4 orang sebilik hanya perlu membayar RM36 dan kos c-sec hanya RM1000 (tidak perlu bayar kerana kakitangan kerajaan) berbanding swasta yang mungkin melebihi RM5000.

Namun, perlukah kita membayar lebih untuk keselesaan?? Walaupun secara puratanya harga yang perlu dibayar 5 kali ganda lebih mahal dari perkhidmatan kerajaan... bagi yang punya medical card/health insurance atau kos perubatan ditanggung oleh syarikat/company... sememangnya berbaloi. But for those yang terpaksa berhutang... ermmmm

bola jaring open TNB

nih n3 utanggak nih...lama betul la tak bersukan almaklumlah beranak kecik heheh...nih la sukan yg aku main lepas beranak hakim selain berenang...api berenang kenkonon sesuka ja...yg nih perlawanan uiii ayat perlawanan cam besar....ehhh sapa tak cakap besar open tnb tuh ramai jaguh main wehhh...dan aku berbangga sbb group kitaorg jadi johan kumpulan walau pon kecundang di suku akhir...mana taknya weiii semua players hat gah gah nya...kami jer yg kemetot...harap maria ngan adik sorang lagi ja tinggi hahahah....so jom layan gambaq...



kak ina ngan maria....maria nih la aku suka suh mai makan umah aku heheh tapi dia yang masak leh tak???? dia masak sedap dan yg paling penting cepatt aku nih lan bab skit..


yg dok buat peace kat belakang tuh nora bos adi skrg dia kat suk penang...nora nanti kalau den balik penang kita jumpa ok...11 july nih wehh kita jumpa insyaallah yg baju oren tuh pengurus kitaorg kak maheda skrg kar sprm...



tukang masak, tukang jaga anak segala lah bila masa mama ngan papa hannan ngan hakim pegi menggedikssss hahahah thanx kak yong ngan poknik jasa mu diperlukan apabila ku teleponnn...ring ring ring telefon berbunyiii hiksss



ita ngan hb dia hehe time nih semua laki memasingg jadik baby sitter jaga anak...tima kasih buat suami memasing kerana sanggup melayan mama mama atlit nih menggediksss...dan berbakti buat kemeterian dah bubardah



aku korang dah leh nampak dah hat mok kat dpn tuh tgh2 tepi kiri kak awa skrg kat kpkt, ada,nora suk png, shima miti aku, maria lpkp, siti tak pasti rasanya kpdn, ita kkr, kak ina asas tani..miss uuu allll

Monday, June 29, 2009

TAHNIAH HADRI

nih adalah salah satu dari berpoloh-poloh n3 aku yg tertunggah...n3 nih berkenaan ngan anak sedara aku yang terlah berjaya melanjutkan pelajarannya ke jerman...tahniah hadri moksu dan poksu ucapkan semoga awak akan berjaya pulang dengan segulung ijazah dari sana nanti...apa2 pon study 1st pastu baru lah benda2 lain yg sampingan...semoga juga hadri boleh jadi contoh buat hannan dan hakim kelak..



hakim duduk ngan maklang dan kak adik

menu nasi kampung ngan nasi ayam best giler...aku tah berapa kali tambah..tgk papa tgh ambik sup nasi ayam yang rendah sebelah papa tuh la tokei catering nih...nasik ayam dia mmg aku rekomen la sedappp kedai diorg kat seksyen 15 bangi..so kengkawan pegi la trynasi ayam berempah..



nih la sebab aku leh makan berulang2 sebab aku ada pengasuh heheheh...


akim ngan papa nih lepas mandi dah nih tukar baju lain....ternganga anak mama...

nih la org yg dirai...ya ampun gumuknya makcik...tinggi kan besar dari poksu nampak gaya macam si kecik yang tgh dokong tuh pon cam ada potensi ikut jejak langkah kebesaran abg doie dia...


Wednesday, June 24, 2009

Generasi Terakhir




nih la gambar generasi terakhir yang jaga IT kat MeCD...bangga wooo...lepas tuh sedih la dah berpecah kesana kemari..

Tuesday, June 23, 2009

KUATLAH WAHAI ABAH

15 june lepas ja lapor diri kat tempat keja baru aku terus pegi penang sbb ari nih abah operation...aku sampai penang dalam kul 6 ptg...abah lum kuar dari ot...abah aku masuk ot kul 7 pagi kul 2 pagi baru kuar dari ot ...aku mak ady dah cam pati dah bentang kotak kat koridor ....lepas kul 2 tuh sempat tgk abah masa diorg tolak nak ke icu ja pastu kami balik kat umah transit...

16 june mmg abah tak sedar lagi coz dr tak buang lagi ubat tido...tapi tekanan otak abah tinggi sbb ada pendarahan dan dr suh aku sain utk masukkan satu tiup yang boleh baca tekanan otak sekaligus leh mengalirkan air otak...dr ckp nak bagi ubat supaya pendarahan kat otak tuh cair...

17 june dr call aku suh dtg utk sain sbb diaorg terpaksa buka balik tempat operation tuh sbb tekanan otak abah aku tinggi dan otak di sebelah tempat pendarahan tuh bengkak....diaorg perlu bukak balik dan sedut pendaran tuh bagi mengelak otak lagi membengkak dan dr tuh bagitau aku diorg nak buang sikit tempurung kepala utuk senang mengembang dan pengaliran darah dldm otak berjalan lancar aku pon tak tau nak cita cmna tapi maksudnya macamtuh la lebih kurang...diorg tolak abah kul 4 ptg kuar dari ot dlm kul 9 mlm...dan alhamdulillah dr cuma sedut pendarahan shj dan tak buang tengkorak kepala...

18 june abah stay tak sedar lagi sbb ubat tidur belum buang lagi dr cakap...tapi bengkak muka abah dah surut dah skit dah ada la rupa abah...tapi arinih garam dalam badan abah terlalu tinggi dr bagi 48 jam utk monitor garam dalam badan abah...

19 june garam dalam badan abah turun naik tapi bila tanya nurse kat icu dia ckp mmg macam nih kalau dia nak stabil balik...pastu tekanan darah abah pon bergantung pada ubat ja...ubat tido dlm badan abah dah dibuang pagi nih...tapi abah masih tak sedar...tapi bila dr bagi ransangan sakit abah ada tindakbalas ...aku lega la skit sbb abah angkat tangan bila dr picit tapi mata tak buka...dr ckp abah masih lemah sbb baru ja bukak ubat tidur...

20 june abah ada perubahan skit bila kami panggil anak mata abah bergerak2 walau tak bukak mata...tapi dr ckp kalau abah stay tak sedar diorg akan tebuk leher abah untuk senang nak cuci kahak kat dalam paru2...

21 june arinih aku ady ngan anak2 akan bertolak balik ke putrajaya..bilakami ckp kat telinga abah kami dah nak balik bergenang air mata abah pusing kepala tapi mata tak buka la ...maybe dia sedih kot kami dah nak balik...nampak la muka sedih abah cuma dia tak leh cakap ja...ady ckp nanti kami dtg lagi abah kena kuat mengalir air mata abah...

22 june aku tepon mak ...mak kata abah dah bagi respon banyak dah angkat tangan pastu gerak2 badan kalau kita pegang tapak kaki dia....pusing kepala kalau mak panggil...harap2 abah sedar la sepenuhnya...kami tak harap banyak cuma nak tengok abah buka mata leh cakap ja tuh dah alhamdulillah...

20

goodbye MECD welcome CGSO

semalam aku dah lapor diri kat tempat keja baru...nakkata best ada la yang best tapi tak samala ngan tmpt keja la dolu...pasar tani jauh dah...kengkawan lain dah dah tak sama geng aku dulu...kak zue, kak wan,kak lily, cm, byee cik sue waaaaaa kak ima cayang, kak lela, nora waaaaa chedih aku...kat sini aku dapat bilik aku sendiri ....nganga ja tak dak tpt lepak dah ...makan sengsorang wehh ...tuh pon skrg makan ngan ady tapi letih makcik wehh nan jalan dari B7 ke B2 lepas makan balik lapaq balik...

kat sini unit IT 5 org ja termasuk aku...skit ja kan...aku kena buat multimedia lagi...kengkonon nak lari tapi tak leh ..tapi ok gak kot sbb dapat pc canggih apple tuuu....

bos pon baik gak kat sini aku ngan mardiana jerk pompuan hat lain laki dlm unit aku...

Thursday, June 4, 2009

bersawang

uiii dah lama dah aku tak hapdet nih...semenjak pembubaran MeCD sampai hari nih baru la nak update...bukan apa lepas pembubaran kena virus tengok cita korea layan wooo...besttt aku recomend la cita nih "East Of Eden" mmg layan gila la episod satu dah nangis kembang hidung hidung semua 56 episot heheh....pastu tghhari pi berenang...mmg full la masa aku tghhari buta pi berenang tak hingat nya makanya kulit itam legam nak kuruih tak gak sbb lepas berenang cam lapaq makan banyak lak tu...tapi tak pa nati aku tempek gambaq hat mana yg patut..bukan apa nanti hanan ngan hakim leh la tgk balik kan ...zaman mak kita dulu takder blog nih jadi takleh la nak tgk balik apa yg kita buat dodolu jgn kata blok aku camera pon takdak agaknya heheh...

Friday, March 20, 2009

1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009

start 19 sampai 22 nih satu pesta belon panas kat putrajaya...dannn ianya berlaku sebelah opis aku...jadi ader la kegugatan kerja skit orang2 opis aku...termasuk aku la almaklum 1st time nih tgk hehehe darat tul la kan...tapi aku tak kisah janji aku leh tangkap gambo korang leh tak hehehe lawak jer...nih la hasil2 tangkapan dari kengkawan opis aku...tapi syok wooo ader bentuk gajah pink burung merak ...buah limau...cawan neskepe...macam2 lagi....







Tuesday, March 17, 2009

Jasa Seorang Abah

dari mana eek aku nak start dulu cita nih sbb terlampau banyak jasa abah hidup suka duka bersama abah, ketahuilah abah jasamu sampai liang lahad pon anakmu ni tak akan mampu membalas...

abah yang aku kenal seorang yang rajin sangat bekerja, kami berasal dari keluarga yang sederhana cukup cukup makan dan pakai abahku hanya seorang ahli bomba gaji permulaan hanya RM300 pelbagai kerja 4 time yang abah buat aku ingat lagi sebelum kami pindah ke pulau pinang abah pernah jual rojak, alhamdulillah kami ada darah berniaga, mak jual goreng pisang gerai tepi jalan, tapi bila pindah ke penang abah dah tak jual rojak dah, lupa nak cakap kalau bulan puasa abah dah tak jual rojak tapi abah jual dadih ngan susu yg warna2 tuh...pendek kata hati off dari keja abah meniaga bawak moto keliling kampung taman2...sampai sekarang orang akan tanya lagi kuah rojak abah sampai ada org panggil halim rojak...alhamdulillah abah dapat beli sebuah rumah dan kami berpindah dari kuarters ke rumah baru, dalam masa yang sama abah dinaikkan pangkat dan kena berpindah.

hanya abah sorang ja yang pegi penang dulu sebab proses pertukaran sekolah dan macam2 lagi nak kena urus...di penang abah dah tak jual rojak dah..disamping keja abah keja kilang plastik 4 time...kejap ja la keja kilang tuh sbb komitmen kot...pastu mak dan kami sekeluarga pindah ke penang, tapi masa tuh kami lum lagi dapat kuarters, kami sewa di bayan baru, rumah kampung....di penang mak ada keja kat gerai..pastu malam kawan mak ajak buka gerai jual char ko teaw, laksa ngan nasi goreng...alhamdulillah aku dah boleh la merasa makan kfc...tak lama mak niaga sbb komplek supermarket nak ambil tapak niaga dan suh mak buka kat food court..mana mampu kos sedut asap pon dah 2000 ...abah masa nih ambik upah antar tong gas ngan barang2 runcit ...bayangkan lah flat 3 tingkat tiada lift tak kira bulan puasa atau tak...gagah kan abah...ada kawan bomba abah pakcik lan nama dia, ajak abah bawak teksi...alhamdulillah abah dah tak buat keja berat dah lagi sebagai 4 time sbb abah dah bawak teksi, sewa permit sama teksi sehari RM30 inggit dan masuk koperasi teksi Sunshine...mak pon dah keja sambil2 berniaga....lama gak abah bawak teksi...sampai abah beli teksi sendiri mak pon keja sampai aku abis belaja....thn 2002 abah dinaikkan pangkat dan kena bertukar ke Alor Star...kami sekeluarga pindah ke rumah dulu dan mesti la seronok kan dapat balik kg halaman sendiri...tapi pertengahan tahun 2004 abah dapat naik pangkat skali lagi dan kena berpindah ke sik...pada mulanya kesihatan abah alhamdulillah tapi tak berapa lama lepastuh abah dah start tak sihat, tapi boleh lagi berulang alik ke tempat keja...penyakit yang dialami misteri tak dapat dipastikan...sebelum puasa thn 2008 abah dah terlantar tak boleh makan, makan muntah dan badan abah susut dari 58kg ke 34kg...

abah seorang yang tegas...abah tak garang tapi tegas dan ada la skit baran..tapi aku tak kisah sebab abah kan abah ..aku penah kena denda ngan abah junjung kerusi kat luar umah sebab nya aku gaduh ngan adik...dulu mmg marah sangat ngan abah tapi skrg pikir balik bagus abah buat macam tuh...tapi baru2 nih abah cakap ngan aku "kak abah mintak maaf sebab dok hukum ngan pukul2 kak dulu" aku sedih sebab seorang abah mintak maaf dengan anaknya ayat aku kat abah "takpa abah, abah kan abah" luluh hati aku dengan keadaan abah yang lemah tak segagah dulu mintak maaf..

ingat lagi rahsia aku ngan abah rasanya sampai skrg mak tak tau kot hehe...hobi abah menjala ikan ngan udang kan dulu puasa dlm bulan 11 masa tuh musim udang aku pon nak la ikut abah pegi menjala, masa tuh aku dlm darjah 4 kalau tak silap la...pagi lagi pegi ngan abah, masa tuh penang tak ori lagi takder tambak2 pasir nih lagi tepi2 jambatan tuh kampung nelayan lagi dah penat2 kutip siput musti la aku letih kan masa tuh air laut yg berselut tuh pon nampak macam air tebu dlm tghari tuh abah dah nak balik bila buka jer bonet keta ader air...abah mmg ader air spare dlm keta mana la tau kan kot2 emergency abih air dlm keta, aku dah tak tahan nih dahaga mmg lembik la kiranya (lembik cari sendirik) aku mintak kat abah nak buka puasa memula abah tak bagi tapi maybe abah sian kot kat aku dah macam katak kena cirit birit dah muka...tapi aku suh abah rahsia kat mak...wahhh lepas tuh segar nih cam takder apa terjadik....tapi tuh dulu masa abah gagah ....

tahun 2009, abah disahkan oleh doktor mempunyai tumor atau ketumbuhan di dalam kepala, selama 2 thn abah menderita sakit kepala tapi tak dapat kesan oleh dr pada seminggu awal abah sakit kami bawak abah buat ct scan...sampai la baru2 nih selepas buat ct scan dan mri terdapat ketumbuhan yg besarnya 2.75cmx3.00cm kalau tak silap aku la di centre kepala dan ketumbuhan tuh dah terkena arteri dan saraf mata....dan ketumbuhan tuh mengganggu hormon abah...tapi yang menghairankan dr pakar neurologi macammana abah leh sekurus skrg sbb ketumbuhan tak akan buat abah makan dan muntah dan ckp dr lagi abah tak akan sakit...tapi alhamdulillah kami dapat tahu gak penyakit abah walaupon ianya dah serius sbb dr cakap nasib kami jalani mri sbb kalau pegi dr biasa dia akan bagi panadol dan balik...aku dan mak redha dengan dugaan yang diberikan...

sekali lagi aku bangga dengan abah sbb dia kuat melawan penyakit dan gagahkan tubuh badan untuk berubat...walaupon dr ckp keadaan abah skrg tak akan back to normal balik walaupon dah operate...sekarang ketumbuhan tuh mungkin dah makan saraf mata abah sepenuhnya sbb mak ckp abah dah tak nampak...dah gelap segalanya...muka abah dah kebas sebelah...dr pon ada tanya abah masa 10/3 ari tuh samada kebas ker tak muka tapi masa tuh belum kebas lagi...19/3 nih abah kena buat mri sekali lagi dah 9/4 nanti dr panggil kami sekeluarga balik smula utk bentangkan sekali lagi risiko dan implikasi akan terjadi lepas operate dan masa hari tuh 2gether dgn pakar ent...

"Abah walau apa pon akan terjadi kami sekeluarga akan sentiasa bersama Abah...kuatlah wahai Abah...Kakak Sayang Abah"

Monday, March 16, 2009

Homework Pertama

tak sangka kan anakku dah besar..budak zaman sekarang baru 2 thn 3 bln dah ada keja skolah hehehe...lucu lak kan...ari jumaat arituh balik je dari skolah dlm bag skolah hannan ada 2 buku 1. communication book qeja buku nih apa yang cikgu dia nak bagitau dia takyah sesusah "kak ari senin nanti kita nak ada bla bla bla" kan cuma tenyeh ja dalam buku tuh mak pak tgk tau dah aktiviti...pastu 2. HOLIDAY WORKBOOK heheh keja rumah ada la dalm 6 muka sorat kot...

hari jumaat tuh kami bagi chance lagi kat hannan suh bersenang lenang dengan cd barney dia cindarella la dibo dibo la...
hari sebtu siang pon bagi dia bangun lambat ...senang lenang lagi tapi pegang pencel...malam sebtu tuh la mula bukak buku...almaklum la kan 1st time ada qeja skolah excited dia lain skit ...hilang pedoman anak aku...tapi ye la kan anak2 nih tak pandai simpan2 perasaan tak pandai hipokrit ...lepasss ja kan cam buat keja skolah la gak ikut suka ja...janji aku buat...





nampak tak kedua2 buku diatas tertera nama puteri aku...









antara qeja yang hannan kena buat la kat dlm buku tuhh...



kakak sebok buat qeja adik pon sebok gak ...mana leh tinggai extra nih nak inteprem gak la wehhh...





sesi pengajaran la kot kategorinya aku kata A dia buat B tapi layang ja la...pelakon extra jgn lupa ye kengkawan..heheh







hasilnya ye kengkawan arnab tenggelam sudah dengan warna coklat...bab matahari aku setuju mana leh dalam bulatan ja kan warna oren matahari menyinari semua jadik patut color kat luar skali ....

Friday, March 6, 2009

Jamuan

semalam kat opis aku ada jamuan dengan kata lain hari makan beramai2 hikk.....menu semalam nasi berani, kambing masak aper ntah tapi yang penting laki den suko dan yang palinggggg la berahi sangat cm@camelia melawati maap la eek cm kalau aku silap ngeja nama ko tapi dia la yang oda kambing nih tak penah la aku rasa dalam jamuan kitaorg sepanjang aku geja kat sini ada lauk kambing....pastu dalca, jelatah, ayam masak merah, parpadom dannnn tembikai kuning ...aaaaa tembikai kuning nih permintaan cek su...

sebenarnya jamuan nih sempena mcm2 org beranak orang pindah orang naik pangkat orang pencen dan orang orang lah itu semua tak kisah yang aku penting makan pree...semalam sebelum acara makan2 kitaorg buat baca yasin dan tahlil yang lead adalah ustad....



gambar nih ada gak kena mengena ngan jamuan...kengkonon nak tunjuk mama pakai lipstik heheh sebelum nih lipgloss jerk ...tak sesuai kan mak aku selalu cakap "kak hang nih nak pi opis ka motong getah cuba bersiap skit bla bla" aku tetap slamber heheh natural beuty wahh...



mazni ngan tie sebelum jamuan lapo sangat pekena roti booom dulu..





tgk la gambo nih mesra gitu kan hik ...


nih memasing beratur nak ambik makan heheh hat yang senseng lengan tuh la bos aku kak lily heheh hebat bosss ayam 2 ketul hat baju biru atas bos kecik tuh bos sederhana en bob heheh

Wednesday, February 18, 2009

Stok Susuku

arituh kan aku dah janji nak kasi tunjuk aku punya stok kan ....nih lahhasil stok ku selepas beli spectra 3 dan dari 4 bolol jerk stok ...alhamdulillah la senang ati akak tau u allsss tak risau dah macam dulu tima kasih spectrakuuuu eewah tima kasih jugak la pada suee sebab mu la akak bolehhh tersenyummm skrg ....kalau nak cita pasal start menyimpan stok nih panjang dik non tapi akak naakkk gak cita tapiii bukan n3 nih la lain kali...akak nih kalau bercerita bab susu susu nih meroyan gak dik non...nih la stok akak dik non semuaaaaa..





disusun mengikut ketuaan nya kanan sekali yg dah tua heheheh dengan kata lain dah lama...



nih stok hat yg paling muda la ....aku mmg letak dalam satu botol 3 aun jerk sebab2nya 1. anak den nih sekali munum 3aun pastu dok setengah jam ka sejam pula baru nak lagi kalau banyak2 letak dalam botol rugi walaupon tak beli susu ibu susu paling mahallll mana tak nya dari darah daging ibu bukan dari moooooo jgn marah eek 2. memudahkan mama hakim ye la anak aku nih jenis manja kededek kan jadik tak yah la mama dia nak bahagi2 dalam bekas lain 3. motivai tuh weeee bila bukak peti jeerk waaaaa banyak botol jadik kita tak risau bila kita tak risau aliran susu tak jejas bila tak jejas stok bertambah haaa gitu....




nih susu untuk antar umah mama hakim besok ..bery the freshh u allss



hasil perahan kat opis hehehe nih kat peti ais opiss...

Wednesday, February 11, 2009

kakak mithali

kakak yg baik(54 saat je) dodoikan adik .....tahu tak apa kakak ckp ...laailaahaiilallahh..laaailaahaiiilallahh sebenarnya dalam 54 saat je la adik nak dok dalam buai...hakim mmg tak suka tido buai kitaorg je la yg selalu try tapi alwayyy error hahahhah...dia suka tido kat bawah golek-goleh leh berkepit bawak ketiak mama kan ngan nenen mama...lamaa aku tak tempek n3 brestfeedd eek ...takpo2 besok aku tempek


hannan dan hakim yg letih

biasala kan weekend hari yg anak2 aku leh sepahkan umah ....lepas semua mainan bertaburan maka keletihan laaa dua-dua org...terbungkam kat depan tv....skrg nih aku sengaja bentang tilam kat depan tv sbb adik skrg nih kan dah meniarap pastu ala-ala ulat beluncas kan heheh senang diaorg nak golek-golekss...



sian..anak sapa la nih hehehhe...letihh cuteee nya anak-anak mama nih..

Friday, February 6, 2009

minah rempit

alkisahnya ady kena kursus dari ari rabu arituh di kl semalam dia bawak moto pegi kursus baliknya malam kul 12....nak bawak laju moto honda wave 100 je mana tahan jadik sakit la pinggan pakwe tuh lagipon sian gak kat dia kan malam2 bermoto (cewah ayat isteri solehah) pastu arinih aku naik moto dia naik keta...heheh aku ngan hannan merempit la...yg lucunya moto nih tinggi aku tak sampai kaki ...harus kalau ady tengok gelak...tapi syok gak la makan angin pagi naik moto ...alaa bukan jauh pon dalam 10 menit dah sampai dah opis..memula antar hannan kat scool dia pastu aku pegi opis...teringat waktu zaman-zman belajar dulu merempit aku ngan hani kawan aku...



nih gambar kat luar umah ...hannan ngan helmet dan umiform scool


nih la aksi-aksi aku ngan hannan sblum memulakan perjalanan aku yg sepanjang jalan baca bismillah....gambaq mmgla tak lengkap takdak matala tak nampak muka la...nebes wee 1st time nak bawak moto kat putrajaya...kalau kat penang tuh mmg line clearr la aku kalau kat putrajaya macam kecut skitt...





Thursday, February 5, 2009

sebelum pegi scool

nih la keja hannan sebelum pegi skolah waktu pagi tengok tv la tgk cd la ...


Monday, February 2, 2009

hari bedak sejuk sedonia



heheh sebenarnya adik baru lepas kena campak jadik kalau kitaorg lepas ja campak org bedakkan badan ....tuh yg adik kena bedak satu badan tuh ..heheh beery the cute tau uuu...kat atas tuh kakak tgh bersuka ria nyanyi sambil tgk mickey mouse

Sunday, February 1, 2009

adik yang bebas

semenjak dah dok dlm walker nih adik bukan main lagi lawat kawasan ...sat dapo sat bilik dlm toilet pon kalau kitaorg bukak pintu dia nak masuk...cute sangat hehhe


Thursday, January 29, 2009

otomen dyna

hehehe nih kerenah anak aku hat sorang lagi kengkonon nak tebang macam otomen...mangsa is papa sbb kena jadi tiang heheheh...syik panggil aku ja ma ma tgk nih dynaaaa...



pastu papa dah tak larat la nak tampung berat dia hat boleh tahan laaa...kesimpulannya jadi camni la heheh



nangis papa taknak angkat dia lagi...

Rooneyku.....



shomelsss kan heheh...salah sorang peminat MU selain papa...takyah dah sesusah pi old trepot kalau nak jumpa rooney heheh ...tapi skrg dah tak leh dah pakai suar tuh dah ketat heheh ...

rombonga kawin ke muar

lepas balik raya haji kitaorg ader kenduri kawin di muar wakil rombongan lelaki...pengantin lelaki anak sedara abg lan...betolak pagi 9.30 sampai sana dlm kul 12 la koz behenti kat hentian sebelah nilai...bekumpul kat situ....



dalam pejalanan adik kat dlm keta heheh macamm jerk...mata adik masa nih tak pulih sepenuhnya masih sepet....



hannan & sepupunya ...cam dah anak dara dah anak aku ...tangkap gambar ala-ala senyum sunting gitu hehheheh...tgk topi tali topi adik heheh siann...papa tak betulkan ...




nih sepupu hannan ngan hakim yg lelaki...kitaorg sebelum pegi umah pengantin pompuan pihak sana ada sediakan umah singgah ..nih time tunggu panggilan nak ke umah pompuan ...pengantin lelaki tengah bersiap..yang baju biru atas tuh maklong diaorg nih anak dia yg baju bebelang hijau hadri....yang baju coklat kulusss tuh aku la heheh

adik sakit mata

sebelum raya haji kami sekeluarga kena serangan virus sakit mata...pembawanya hannan pastu papa...adik dan jugak aku...yg paling teruk adik ...dua kali kena buang selaput dlm mata kat...kalau tak buang tak akan baik la mata adik bengkak jerk ...sian adik...sebelum balik kg dah kena buang selaput bawah...lepas balik dr kg ...atas lak...



nih la kaunter klinik mata kegemaran ...klinik thana...dah beriban dah abih kat klinik nih sbb mata ...tapi aku suka la pegi klinik nih kalau pasal mata dokter ngan misi dia cam ganaz2 sayang heheheh...kalau org 1st time mesti cam serik dah nak pegi ....



nih la adik korang masa thg sakit..sian kan ..yg dok dokong adik tuh atok kelantan..sian adik kan mata sepet sebelah..mmg siksa oooo...tapi alhamdulillah skrg sehat dan sejahtera


oh moto pinkku yg tak jadi...




manangis kalau cik sue ngan cik vp tgk kan...siap ngajak mama naik skali tuh ..."ma ma meh naik"...heheh kalau mama naik mau tokei ca4 tak bagi mai dah sebab membawa kehancuran..hahah