Thursday, July 2, 2009

Harga Keselesaan

masa aku baca blog en laloque suami vp aku terbaca tajuk dia hat nih...aku setuju ngan dia sbb aku ada pengalaman...nih pasal abah aku kos keseluruhan blm tahu sbb abah aku lum kuar dari icu lagi, tapi kos operate yg dah abah aku jalani kalau kat swasta mau cecah 70,000 hengget.....tapi abah aku hanya perlu beli skru dalam 1200 inggit + glue 580 inggit...tapi boleh claim...mmg aku tak nafikan keselesaan dari segi katil kedudukan dah macam hospital kat palestin tapi diorg tgh renovate balik ward harap2 lepasnih selesa la skit kan,aircond mmg la takder harap kipas siling + kipas mak bawak dari umah heheh...tapiiii dari segi kepakaran mmg tahap gold la...pakar neurosurgery yg ada kat sini aku rasa kat swasta takdak sbb yg aku tgk ramai la kes2 dari swasta last2 meh kerajaan gak...nurse2 yg cekap dan terlatih...abah aku lak bukan deal ngan sorang pakar ja ramai...pakar garam la pemakanan, hormon...kalau kat swasta mau sampai pencen agaknya bayar utang...adehh

nasihat aku la pada semua...keselesaan mmg perlu tapi kalau selesa perkhidmatan atau perubatan tak bagus tak guna gak kan...tapi betulla bukan salah nurse tuh nak masam kita yg tak keja nurse tuh pon kengkadang cakap teelefon pon garang nak mampus lagi la nurse kena jaga kencing berak lagi ...diorg pon manusia gaji ciput ja cam tuh gak pakar2 kerajaan gaji tak padan dgn keja..korang bayangkan eek abah aku operation 18 jam tau dari 7 pagi sampai 2 pagi pastu besoknya awal2 dr yg operate abah aku datang keja gak musykil aku time bila diaorg rest...bukan operate mesin tau manusia ye tuan puan nyawa datang dan pergi di tangan Allah tapi mesti ada sebab jadi dalam waktu operate tuh penyebab kalau jadi apa-apa adalah diorg kan...renungkan lah tuan puan sekalian...


thanks mr gurmit pakar neurosurgery gh penang, dr lim, dr herlina, dr chuah staff nurse icu dan ward neuro kerana telah menjaga abah aku dari dia mula masuk sampai ke hari nih dan masih berusaha memulihkan abah aku...buatlah yg terbaik utk abah...

Harga Keselesaan

Tadi semasa di wad NICU aku bertemu dan berbual dengan seorang suami berbangsa cina. Dia mengunjungi isteri yang sedang menemani anak mereka yang kena jaundice. Sama ngan anak aku an-Nur yang turut ditahan sebab jaundice.

Ketika itu nurse datang dan memaklumkan pasangan itu yang mereka boleh pulang. Si suami turun dan menjelaskan bayaran bil perubatan dan naik semula. Bila ditanya berapa bayaran, beliau nyatakan RM108 untuk perkhidmatan perubatan selama 2 malam.

Beliau berkata, dulu dia pergi hospital swasta. Masa bini dia bersalin anak pertama. Akibat beberapa komplikasi sebelum dan selepas bersalin, mereka di kenakan caj RM17,000. Dan yang lebih malangnya, anak mereka meninggal.

Apa yang membekas di hati aku ketika itu adalah kata-katanya:
"Wang habis RM17,000... anak meninggal"

Mutu perubatan di hospital kerajaan memang baik dan memuaskan, malahan lebih baik dari sesetengah hospital swasta. Namun tahap keselesaan yang kurang. Dan tidak dinafikan adakalanya budi bahasa. Mereka tidak dapat menumpu kepada keselesaan kerana peruntukkan kewangan yang tidak mengizinkan. Beban kerja yang tinggi pula menyebabkan ada dikalangan pegawainya hilang pertimbangan tata bahasanya.

Setiap kita punya pilihan. Bergantung kepada kemampuan masing-masing untuk memilih keselesaan.

Aku secara peribadi pernah menggunakan kedua-dua sektor perkhidmatan perubatan ini. Setakat ini aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan dari hospital kerajaan. Mungkin aku tidak berhak memberi pendapat kerana sebagai kakitangan kerajaan aku menikmati kemudahan perubatan/ rawatan klinikal dan konsultasi percuma. Hanya yang perlu dibayar adalah kos penginapan di wad itupun 10% dari kos sebenar sahaja.

Aku pernah membayar bil sebanyak RM576 bagi perkhidmatan rawatan semalaman di hospital swasta berbanding hanya RM36 bagi kos perawatan selama 6 hari di hospital kerajaan.

Arwah anak pertama aku yang ditahan selama 150 hari di ICU kosnya kurang dari RM150 bagi ujian jantung di IJN, MRI di Hospital Selayang, dan segala mak nenek ujian. Bersalin anak kedua, hanya perlu bayar sebanyak RM80 walaupun wife ditahan di wad kelas 1 lebih 10 hari. Anak ketiga yang bersalin secara c-sec dan wife berada di wad kelas 1 - 4 orang sebilik hanya perlu membayar RM36 dan kos c-sec hanya RM1000 (tidak perlu bayar kerana kakitangan kerajaan) berbanding swasta yang mungkin melebihi RM5000.

Namun, perlukah kita membayar lebih untuk keselesaan?? Walaupun secara puratanya harga yang perlu dibayar 5 kali ganda lebih mahal dari perkhidmatan kerajaan... bagi yang punya medical card/health insurance atau kos perubatan ditanggung oleh syarikat/company... sememangnya berbaloi. But for those yang terpaksa berhutang... ermmmm

No comments: