Monday, July 13, 2009

tenanglah abah AL-FATIHAH



tanggal 4 Julai 2009 masa 7.45 mlm abahku selamat kembali ke rahmat Allah dengan senyuman yg cukup manis...pukul 5.30 ptg terdetik kat ati aku nak call mak...masa aku call tuh mesin hayat abah baru ja tak berfungsi mak panggil nurse..tapi mak dah ckp lepas mak ngajar ngucap kat abah muka abah dah pucat dan dada dah tak bernafas ...tapi biasa la mungkin prosidur kat spital kot kena cuba selamatkan nyawa...Allah Maha Berkuasa dia yang beri dia yg boleh ambil bila2 dah tertulis dah saat tuh jam tuh abah akan pergi...kami redha dengan pemergianmu abah...kami bertolak dari putrajaya kul 7.30 mlm sampai umah tokwan kul 1.00 pagi 5 minit selapas jenazah sampai.....sebelum nih aku cuma baca buku mastika dgn dengar org cita jerk jenazah senyum...alhamdulillah aku dapat lihat sendiri arwah abah senyum manis lain dari senyuman abah waktu bernafas...semua yg ziarah arwah abah jadi saksi...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Thursday, July 2, 2009

Harga Keselesaan

masa aku baca blog en laloque suami vp aku terbaca tajuk dia hat nih...aku setuju ngan dia sbb aku ada pengalaman...nih pasal abah aku kos keseluruhan blm tahu sbb abah aku lum kuar dari icu lagi, tapi kos operate yg dah abah aku jalani kalau kat swasta mau cecah 70,000 hengget.....tapi abah aku hanya perlu beli skru dalam 1200 inggit + glue 580 inggit...tapi boleh claim...mmg aku tak nafikan keselesaan dari segi katil kedudukan dah macam hospital kat palestin tapi diorg tgh renovate balik ward harap2 lepasnih selesa la skit kan,aircond mmg la takder harap kipas siling + kipas mak bawak dari umah heheh...tapiiii dari segi kepakaran mmg tahap gold la...pakar neurosurgery yg ada kat sini aku rasa kat swasta takdak sbb yg aku tgk ramai la kes2 dari swasta last2 meh kerajaan gak...nurse2 yg cekap dan terlatih...abah aku lak bukan deal ngan sorang pakar ja ramai...pakar garam la pemakanan, hormon...kalau kat swasta mau sampai pencen agaknya bayar utang...adehh

nasihat aku la pada semua...keselesaan mmg perlu tapi kalau selesa perkhidmatan atau perubatan tak bagus tak guna gak kan...tapi betulla bukan salah nurse tuh nak masam kita yg tak keja nurse tuh pon kengkadang cakap teelefon pon garang nak mampus lagi la nurse kena jaga kencing berak lagi ...diorg pon manusia gaji ciput ja cam tuh gak pakar2 kerajaan gaji tak padan dgn keja..korang bayangkan eek abah aku operation 18 jam tau dari 7 pagi sampai 2 pagi pastu besoknya awal2 dr yg operate abah aku datang keja gak musykil aku time bila diaorg rest...bukan operate mesin tau manusia ye tuan puan nyawa datang dan pergi di tangan Allah tapi mesti ada sebab jadi dalam waktu operate tuh penyebab kalau jadi apa-apa adalah diorg kan...renungkan lah tuan puan sekalian...


thanks mr gurmit pakar neurosurgery gh penang, dr lim, dr herlina, dr chuah staff nurse icu dan ward neuro kerana telah menjaga abah aku dari dia mula masuk sampai ke hari nih dan masih berusaha memulihkan abah aku...buatlah yg terbaik utk abah...

Harga Keselesaan

Tadi semasa di wad NICU aku bertemu dan berbual dengan seorang suami berbangsa cina. Dia mengunjungi isteri yang sedang menemani anak mereka yang kena jaundice. Sama ngan anak aku an-Nur yang turut ditahan sebab jaundice.

Ketika itu nurse datang dan memaklumkan pasangan itu yang mereka boleh pulang. Si suami turun dan menjelaskan bayaran bil perubatan dan naik semula. Bila ditanya berapa bayaran, beliau nyatakan RM108 untuk perkhidmatan perubatan selama 2 malam.

Beliau berkata, dulu dia pergi hospital swasta. Masa bini dia bersalin anak pertama. Akibat beberapa komplikasi sebelum dan selepas bersalin, mereka di kenakan caj RM17,000. Dan yang lebih malangnya, anak mereka meninggal.

Apa yang membekas di hati aku ketika itu adalah kata-katanya:
"Wang habis RM17,000... anak meninggal"

Mutu perubatan di hospital kerajaan memang baik dan memuaskan, malahan lebih baik dari sesetengah hospital swasta. Namun tahap keselesaan yang kurang. Dan tidak dinafikan adakalanya budi bahasa. Mereka tidak dapat menumpu kepada keselesaan kerana peruntukkan kewangan yang tidak mengizinkan. Beban kerja yang tinggi pula menyebabkan ada dikalangan pegawainya hilang pertimbangan tata bahasanya.

Setiap kita punya pilihan. Bergantung kepada kemampuan masing-masing untuk memilih keselesaan.

Aku secara peribadi pernah menggunakan kedua-dua sektor perkhidmatan perubatan ini. Setakat ini aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan dari hospital kerajaan. Mungkin aku tidak berhak memberi pendapat kerana sebagai kakitangan kerajaan aku menikmati kemudahan perubatan/ rawatan klinikal dan konsultasi percuma. Hanya yang perlu dibayar adalah kos penginapan di wad itupun 10% dari kos sebenar sahaja.

Aku pernah membayar bil sebanyak RM576 bagi perkhidmatan rawatan semalaman di hospital swasta berbanding hanya RM36 bagi kos perawatan selama 6 hari di hospital kerajaan.

Arwah anak pertama aku yang ditahan selama 150 hari di ICU kosnya kurang dari RM150 bagi ujian jantung di IJN, MRI di Hospital Selayang, dan segala mak nenek ujian. Bersalin anak kedua, hanya perlu bayar sebanyak RM80 walaupun wife ditahan di wad kelas 1 lebih 10 hari. Anak ketiga yang bersalin secara c-sec dan wife berada di wad kelas 1 - 4 orang sebilik hanya perlu membayar RM36 dan kos c-sec hanya RM1000 (tidak perlu bayar kerana kakitangan kerajaan) berbanding swasta yang mungkin melebihi RM5000.

Namun, perlukah kita membayar lebih untuk keselesaan?? Walaupun secara puratanya harga yang perlu dibayar 5 kali ganda lebih mahal dari perkhidmatan kerajaan... bagi yang punya medical card/health insurance atau kos perubatan ditanggung oleh syarikat/company... sememangnya berbaloi. But for those yang terpaksa berhutang... ermmmm

bola jaring open TNB

nih n3 utanggak nih...lama betul la tak bersukan almaklumlah beranak kecik heheh...nih la sukan yg aku main lepas beranak hakim selain berenang...api berenang kenkonon sesuka ja...yg nih perlawanan uiii ayat perlawanan cam besar....ehhh sapa tak cakap besar open tnb tuh ramai jaguh main wehhh...dan aku berbangga sbb group kitaorg jadi johan kumpulan walau pon kecundang di suku akhir...mana taknya weiii semua players hat gah gah nya...kami jer yg kemetot...harap maria ngan adik sorang lagi ja tinggi hahahah....so jom layan gambaq...



kak ina ngan maria....maria nih la aku suka suh mai makan umah aku heheh tapi dia yang masak leh tak???? dia masak sedap dan yg paling penting cepatt aku nih lan bab skit..


yg dok buat peace kat belakang tuh nora bos adi skrg dia kat suk penang...nora nanti kalau den balik penang kita jumpa ok...11 july nih wehh kita jumpa insyaallah yg baju oren tuh pengurus kitaorg kak maheda skrg kar sprm...



tukang masak, tukang jaga anak segala lah bila masa mama ngan papa hannan ngan hakim pegi menggedikssss hahahah thanx kak yong ngan poknik jasa mu diperlukan apabila ku teleponnn...ring ring ring telefon berbunyiii hiksss



ita ngan hb dia hehe time nih semua laki memasingg jadik baby sitter jaga anak...tima kasih buat suami memasing kerana sanggup melayan mama mama atlit nih menggediksss...dan berbakti buat kemeterian dah bubardah



aku korang dah leh nampak dah hat mok kat dpn tuh tgh2 tepi kiri kak awa skrg kat kpkt, ada,nora suk png, shima miti aku, maria lpkp, siti tak pasti rasanya kpdn, ita kkr, kak ina asas tani..miss uuu allll